Saturday, November 13, 2010

terharu,berharu,mengharu,diharukan..??

assalamualaikum..

hari ni buat kali ke 43 kali aku tak bole tidur lebih awal macam biasa..ni kalau masuk kali ke 44 ni bole jalan aku..uwaaaa...help me..emangnya..gimana ya caranya untuk aku bisa tidur awal..???

eh..ada tak sapa2 yang tak paham ngan tajuk entry aku ni..alahai..aku baru je balik dari dewan bahasa dan pustaka..ni ayat baru dalam kamus 100000th edition..

terharu,berharu,mengharu,diharukan = root -->> haru..

ada dua haru yang amat sangatlah sekali berbeza maksud dia..:-
  1. haru = sedih sampai tak tergambar ngan perasaan
  2. haru = haru-biru ;  //tak lama lagi akan keluar haru-pink lak..mesti ramai gadis2 terloncat2 suka..
tapi haru yang aku paling suka adalah haru-haru..lagu mantap dari bigbang..^_^
ok2..berbalik pada tajuk entry aku ni..haru disini adalah haru yang first tu..kenapa aku bole jadi sedih sampai tak tergambar ngan perasaan ni..?  meh sini aku nak story sikit..alkisahnya, time aku matrik..aku mula kenal erti kawan sejati..dua ketul kawan aku ni yang menyedarkan aku masih wujud lagi kawan sejati dalam dunia serba moden sekarang ni..aku selalu jumpa kawan yang sanggup mengumpat potpet2 kawan baik dia sendiri kat belakang..bila kat depan dia ngumpat orang lain lak..kawan macam ni jenis talam dua muka..kalau depan aku dia leh ngumpat kawan2 kitorang..tak mustahil aku pon pernah diumpat gak..eeee...menyampah mak..tak kuasa i nak mengaku kawan macam tu..TAPI..berbeza ngan dua ketul kawan aku tadi yang sangat2 menjaga aku ibarat sebuah family,menyayangi aku umpama sepasang kekasih,mengajar aku seperti seorang professor,menasihati aku bak seorang ustazah dan menyemangatkan aku umpama kaunselor terkemuka..hahaha..tabik spring la kat budak2 dua ketul ni..tak pernah aku dengar diorang ngumpat kawan2..kalau ada pon yang untuk kebaikan gak..contoh macam..
dialog A: "aku dah berbuih mulut tegur si polan tu..dia buat derrrkkk gak..sekali dah kena macam ni baru dia sedar.."
dialog B: "kau tahu tak..semalam aku nampak si polan tu makan sekali ngan budak samseng tu..bukan main rapat lagi..aku takut jadi benda tak elok..aku tak berani nak  tegur..kau tegur la dia.."
 haa..camni la diorang..betapa caringnya terhadap kawan2 yang sah2 bukan darah daging diorang..
seriously im very proud to be their friend..tadi..aku dapat mesej dari salah seorang kawan sejati aku ni yang membuatkan aku terharu sampai keluar airmata gak baca mesej tu..
How will i look if i'm without you?  Let me think...it will like spelling song without g..or it will like eating without any taste..maybe it will like crying without tears..i think it will actually like answering addmath paper without calculator..OMG! without you i'll feel uncomplete,hurt and hard..so,please be my friend till the end ya..tq..=)
pergh...dah la aku baca mesej tu pukul 3 PAGI!!  memang tangkap basah..eh tangkap cintan giler la..terharu benor aku sampai merah mata aku..then aku reply..
 waaa..tq dear..terharu aku..
tapi dia balas..
terharu je pon..em..gudnite
 hehehe..terus aku balas..
yela2..kalau hang kat depan aku dah lama aku peluk hang..
tapi..sekali lagi aku kena hentam..
tak mo pelok ang.eee~ gay ke? hah.aku nak katok pala ang bagi pendek.haha
 hahaha..bongek punya kawan..aku ni pompuan sejati mai mana lak gay ni..hahaha..pape pon..aku senang sangat ngan budak sorang ni..^_^
 dia gak pernah tag aku satu video lagu pasal kawan kat pesbuk aku..

sekali lagi buat aku keluar airmata..sebab video ni memang sejibik macam kisah kitorang..dia ni lambat sikit masok matrik...nama pon budak baru..asyik kena buli je bukan kata ngan kawan2,tapi ngan lecturer pon kena buli..hahaha..kesian..tapi rupa2nya dia ni memang stail hati kering sikit..memang otai habis la...dia tahu lecturer saja je nak main2kan dia..tapi dia layan je..kitorang dah gelak2..alkisahnya,kat matrik ada program mentor mentee..dia baru je lepas jumpa mentor dia..
en syahnun: kamu pergi mana masok lambat..?
mangsa: jumpa mentor saya..
en syahnun:  'mentol' kamu menyala tak..? // ngan muka selamber badak..
mangsa: menyala..//ngan muka konpius..

satu kelas: hahahahahahaha
memang  innocent habis la dia ni..cute pon cute..first time aku tegur dia..aku nampak dia depan blok aku..bilik dia bertentang ngan bilik aku..aku jerit nama dia kuat2..tapi bila dah lama kenal dia..bila pikir2 balik..mesti dia gelakkan aku time aku panggil dia ngan nama penuh lak tu..paling tak leh blah..rupa2nya otai dia ni..nakal giler..time dalam kuliah sempat lagi kitorang keluar pergi makan..pastu masok kuliah balik ngan muka selamber je..time match liverpool kat cafe..dia la kepala ajak kitorang pergi curi2 tengok match tu..mujur abang2 cafe sporting habis..hehehe..time tu dah pukul 12 malam..tau2 je la kat matrik..time to sleep tu..sekali dari jauh dah terhidu bau pak guard meronda..cepat2 kitorang lari sembunyi kat blok yang dekat ngan cafe..then..sanggup tengok match 2 dari blok tu je..langsung tak nampak pape..hijauuuuu je padang..hehehe..tapi time tu gak terjadi satu incident yang paling lawak tahap cipan..kitorang sakit perut tahan gelak..mengong betul..
pape pon thanks KHAMISAH LAILAH ABDUL WAHAB  @ k-mie torres ...i miss u damn much lol..!!!! kapan kita mau ketemu lagi ya..

uit2..motor orang tu..

ngan muka penuh bangga..hahaha..tak leh blah..

sorang yang happy go lucky..

sorang lagi kawan aku yang tak pernah ngumpat sesama kawan dah tak pernah tikam belakang aku..KU AZMA KU YUSOF..tak de lak gambar dia..tapi dia ni pon memang 2x5 ngan k-mie ni..giler2,happy go lucky,caring..memang terbaek nye kawan la...

THANKS KORANG...AKU SAYANG KORANG..HOPE WILL BE MY FRIENDS 4EVER AND EVER..Enhanced by Smiley Central  thanks terima buruk baik aku seadanya..im nothing without my friends..muuahhh..macam kenal je ayat ni kan k-mie..hahaha


Saturday, November 6, 2010

personaliti melalui tarikh lahir & warna

assalamualaikum..


nak tahu tak personaliti korang berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir korang..?? jom2 kenal pasti warna masing2 dan lihat keperibadian diri kita melalui warna tersebut..tapi ingat..ni sekadar bacaan saja dan jangan dibuat sebagai pegangan ye..

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!



pujaan malaya..

assalamualaikum..

baru2 ni kawan baik aku,khamisah lailah introduce satu lagu ni kat aku..mula2 dengar aku tak percaya..tiba2 kawan aku yang ganas boleh dengar lagu macam tu..?? tapi bila aku dengar buat kali kedua..aku dah mula ikot tempo lagu tu..masok kali ketiga..aku dah mula ikot menyanyi..pastu aku terus ulang2 tengok video klip lagu tu..yang pasti..aku pon dah JATUH HATI dengan lagu PUJAAN MALAYA-Adzrin Adzhar.



Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu
Hati
Dihantu bayanganmu
Rindu
Termimpi tiap waktu
Ow ow woh
Cinta
Bercampur curiga
Kerna
Kau satu-satunya
Pujaan Malaya
Hei sayangku
Akulah pemujamu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga
(ai yai yai yai)
Chorus
Tiada
Apa dapat menghalang
Tiada
Kau aku gila bayang
Tiada
Cintamu ku tak senang
Cemburu
Resahku tak menentu
Dirimu
Segalanya sempurna
Oh kanda
Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya
This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on
Terbang
Cintamu buatku layang
Renyuk
Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya
Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana
Tiada
Apa dapat menghalang
Tiada
Kau aku gila bayang
Tiada
Cintamu ku tak senang
Cemburu
Resahku tak menentu
Dirimu
Segalanya sempurna
Oh kanda
Kau Pujaan Malaya
Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu
Pujaan Malaya
Sungguh ku tergoda
Bahagia



even dia pelat 's'..jadi 'shhh'..tapi shaya shangat shuka..!! pelat 's' tu la yang membuatkan lagu ni sangat2 comel..macam nak ikot menari je rasa..huhu..ada yang cakap pelat 's' tu disengajakan sebab nak bagi nampak klasik gitu..zaman dulu2 kan memang ejaan 's' jadi 'sh'..ada yang cakap mata penyanyi ni macam mata farah fauzana..
aku tengok pon macam sama gak..satu lagi lagu dia cinta pertama..coming soon..nanti aku upload..

aku di'skodeng' time mandi..!!!

assalamualaikum..

dalam kekalutan mentelaah (perghh ayat..) pelajaran ni untuk menghadapi final exam 2 hari lagi ni..aku sempat lagi nak update blog aku ni..bak kata kawan aku,tengok tv pon ada iklan..study pon kena la ada selingan gak..hehe..kang study 24 jam tersembur keluar usus2 otak aku..

alkisahnya aku nak cerita kat sini..berkaitan dengan kes orang kita selalu ambil tindakan diluar kuasa mereka..
seperti kes seorang laki dipukul sampai mati oleh orang ramai apabila terkantoi ditangkap ketika tengah mengendap perempuan sedang mandi..apa kes ni bro..nyawa kita bukan milik kita..milik Allah..hanya Dialah yang berhak menghidupkan atau mematikan seseorang..senang2 hati mak bapak kita je nak ragut nyawa seseorang yang bukan milik kita..

Firman ALLah yang bermaksud  ”Allah (Yang Menguasai Segala-Galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan jiwa yang lain (kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir untuk memahaminya)” (Az-Zumar 39: 42)

adakah mereka fikir bahawa diri mereka Tuhan yang berkuasa menghidup dan mematikan seseorang..?? adakah kerana terlalu marah dengan perbuatan laki tersebut sehingga menjadikan diri mereka seorang pembunuh,yang sah2 salah disisi agama dan undang2..?? sedangkan kita melakukan perbuatan2 yang melampaui batas dan melanggar hukum hakam,Allah tidak mencabut pon nyawa kita serta merta malah Dia memberi kita peluang untuk menebus kembali dosa2 yang kita lakukan dengan bertaubat.

 “Dan barang siapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An Nisa 4: 93)

ok2..tutup kes..sebenarnya nak cerita pasal kes aku pon kena jugak..!!! kena intai time aku mandi..!! paling tak leh blah aku tahu aku diintai dan apa yang mampu aku buat hanyalah terkebil2 melihat pengintai tu tanpa menjerit sepatah pon..?

oh tidak..aku telah ternoda..apakah salahku..apakah dosaku...ni la rupa pengintai aku tu..

WANTED!!! siapa jumpa aku bagi rm10000..serius ni..lalala
tapi yang aku heran tu..cicak tu statik je skodeng aku..buat muka tak bersalah langsung..aaiii...geram gak aku..terus aku sembur air..kalau hari jumaat dah lama aku piat telinga dia..dapat pahala tu bunuh cicak hari jumaat..hehehe..tapi punya la gagah berani cicak tu..tak lari pon kena air..last2..aku biar je dia tengok aku mandi..hampeh..malu aku nak mandi..dasar cicak jantan..nasib ko comel..

alolo..cutenyeeee....^_^

Thursday, November 4, 2010

mindset -ve & +ve..

assalamualaikum..

MINDSET..??
semua orang tahu apa itu mindset..kepada yang tak tahu,mindset adalah apa yang kita tetapkan kepada minda kita atau lebih senang pandangan kita terhadap sesuatu perkara..
mindset,ada buruk baik nya..kalau kita set kan dalam minda kita benda tu buruk,so buruk lah jadinya..kalau kita set kan dalam minda kita benda ti baek,so baek lah jadinya..simple dimple kan..
bak kata Dr HM Tuah Iskandar,kalau kita nak tahu apa pandangan orang terhadap kita,tengoklah apa yang kita fikir tentang orang 2..kalau kita setkan orang tu sombong,dia pon 2x5 gak assume kita ni sombong..what u give,u get back..huhu..jika kita setkan dalam minda kita bahawa kita tak akan berjaya,so memang tak akan berjaya la.. kalau kita setkan dalam mnda kita bahawa terlalu amatlah sukar sekali nak buat sesuatu perkara tu,memang sukar la..umpama mindset ni satu doa yang mujarab..tapi jangan pulak bagi orang yang rendah,setkan die sorang yang sangat tinggi,memang tak akan berhasil la..hehe..buk kena sejibik kat aku..

mindset amat penting sebelum memulakan sesuatu perkara..tapi mindset yg positive ye..
contohnya,jika kita dilanda musibah,kita jangan cepat putus asa..kita perlu yakinkan diri kita bahawa kita bole hadapinya dengan tabah dan setkan dalam minda pasti akan muncul sinar bahagia 1 hari nanti..insyaAllah..
mindset yang negative pulak perlu dieelakkan..kerana fikiran yang negative terhadap sesuatu tidak akan membawa pape faedah pon pada diri kita..malah,kadang2 bole membahayakan orang lain..
contohnya,ali ternampak pak abu exciden terlanggar pokok ketika menunggang motosikal..niat ali untuk menolong terbantut kerana ali sudah setkan dalam minda bahawa pak abu sorang yang sombong hanya sebab selama ni pak abu tak pernah membalas senyuman ali..sedangkan pak abu rupa2nya sorang yang rabun..sebab tu la pak abu tak nampak ali senyum kat dia dan sebab tu jugak la pak abu bole terlanggar pokok sebab rabun!!
nampak tak..tak pasal2 ali blah je tanpa menolong pak abu..kesian pak abu..isy2..
so,lpas ni belajar la macam mana nak tetapkan niat, mencipta mindset & seterusnya mencapai matlamat kejayaan.


Mindset quotes
Everyone is looking for the sure thing. They are looking to hedge their bet. They think the way to do that is to go with a proven quantity, a remake of something you have already seen. That is their mindset.
Leonard Maltin

I changed my mindset and figured, Why not try to be really entertaining instrumentally?
Brad Paisley

I grew up with the mindset that when you get home from work, you go to dinner and watch a movie. I don't want to be going to a club and taking off my panties.
Blake Lively

I've never put myself in the mindset that I'm actually any good at taking pictures, I just love to shoot things that catch my eye, whether it's landscapes or just my kids.
Graeme Le Saux

Many Sunnis, who are still stuck in the Saddam era mindset and believe Iraq belongs to them, are trying to prevent a new country from developing at all.
Brent Scowcroft

My greatest challenge has been to change the mindset of people. Mindsets play strange tricks on us. We see things the way our minds have instructed our eyes to see.
Muhammad Yunus

The hacker mindset doesn't actually see what happens on the other side, to the victim.
Kevin Mitnick

The place to find the explanation for the liberal-activist mindset of the courts is in the political arena.
Stockwell Day

The standard entertainment industry reaction to Hollywood's box office slump reveals the same shallow, materialistic mindset that helped create the problem in the first place.
Michael Medved

This book is pointing the way into it for people that see it as daunting or a mystery. Some people just do it, but others need help with the mindset, permission almost to listen to themselves. Understanding how things work is the key.
Sally Schneider

To create something exceptional, your mindset must be relentlessly focused on the smallest detail.
Giorgio Armani

To have an opportunity to make a movie like Cabin Fever, you have to get stuff thrown on you or you have to fall into a pit of water. It brings you that much closer to your mindset as a character.
Rider Strong

We all talk to ourselves. A major key to success exists in what we say to ourselves, which helps to shape our attitude and mindset.
Darren L. Johnson

When women smoke, it is hard for them to quit because they are so worried about their weight; it's a vanity issue and a mindset.
Loni Anderson

Years of science fiction have produced a mindset that it is human destiny to expand from Earth, to the Moon, to Mars, to the stars.
Barney Oliver

 
>> tak perlu kita setkan dalam diri bahawa semua bekas penagih dadah amat jijik dan tak layak bergaul dengan masayarakat sekeliling..kita perlu memberi peluang(kalau tak banyak secebis pon jadi la) kepada mereka dan support diorang ni untuk betol2 brubah..tanpa sokongan kita la diorang bole give up untuk berubah..


Wednesday, November 3, 2010

darahmu darahku jua..

assalamualaikum..

  •  cecair tisu 
  • mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh.
  • membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. 
  • Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
  • berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen.
  • Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besiheme, tempat oksigen bergabung. dalam bentuk
ok..dah tahu kan darah tu apa..kalau tak tahu gak..cuba la hiris sikit hujung jari tu..nanti cecair merah yang keluar tu la darah..pastikan anda tahu jenis darah anda..hehehe..yang tak tahu tu sila2 la pergi check..
tapi..apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal darah tetapi darah daging..lain tu..
darah daging atau kalau digoogle translatekan konpem jadi meat blood merupakan orang yang ada hubungan @ ikatan silaturahim iaitu bapak,mak,abang,kakak,adik,uncle,auntie,tok,tokwan,sepupu sepapat,anak menakan dan yang sewaktu dengannya..aku sayang kat seemmmuuaa darah daging kaum kerabat aku...tapi yang jadi main characters dalam entry aku ni dan darah daging yang paling aku sayang adalah mak dan abang aku.
  

ni la buah hati aku..aku sayanggggg bangat kat mak aku..sapa tak sayang mak oi...huhu..for me,my mom is the greatest mom in the world..i'm very proud to become her daughter..she is good in cooking..tapi..aku ni dari dulu sampai sekarang tak pernah nak mewarisi masakan dia..hehehe..bukan tak pernah nak buat..tapi rasa memang tak sama dengan yang mak aku masak..adeiii..mak aku la yang ajar aku erti ketabahan dalam hidup..serius aku kalau pikir je pasal mak aku..bole menitis airmata aku ni haaa..banyakkk sangat pengorbanan yang dia lakukan demi besarkan aku dan abang aku yang degil ni..hehehe..memang tak terbalas jasa mak aku..yang best lagi pasal mak aku ni..dia la yang jadi perunding imej aku..dari hal pakaian dan hujung kaki aku sampai la ke muka..kalau aku keluar tak pakai secalit bedak pon..haaa..perkataan pertama yang keluar dari mulut dia.."hang pi masok umah balik..pi bubuh bedak sikit..macam orang tak mandi ni.."
ngee...aku pon dengan tersengih2 macam kambing jalan la terkedek2 masok rumah taruk bedak sikit..padahal nak pergi kedai je pon..huhuhu..
kalau bab pakaian..nampak je baju aku berkedut sikit..sebelum dia tegur aku dah cepat2 bukak baju pergi iron..hehehe..kalau aku pakai tak kena dengan citarasa mata dia..dia kritik je..tapi tak la paksa suruh aku tukar baju..huhu..pape pon..dia satu2nya mak yang aku ada dan paling teramatlah sekali aku sayang dalam dunia ni selain abang aku..


haa...ni abang ucuk aku..abang kandung taw..kaum kerabat aku semua panggil dia 'yang'..sebab sebelum aku lahir,mak aku panggil dia yang..sampai ke sekarang..huhu..dia ni tak suka ambik gambar..time kecik2 dulu..orang ingat dia ni kakak aku..hahaha..muka memang jambu giler..sampai ada yang tanya kak nama apa..adeiii..masa aku budak2 hingusan dulu..kitorang selalu gak gaduh2..pernah aku marah sangat..aku kejar abang aku dengan penyapu kat tangan..huhu..aku ni manja sikit..aku pernah sengaja pecahkan hair gel dia sebab marah kat dia..tapi dia dengan muka terkejut tepuk dahi just cakap.."ya Allah dikkkk..awat hang pecahkan minyak rambut aku.."..pastu dia senyum tapi dalam hati sedih..tapi dia tak pernah pon marah aku..huhu..dia amat2 sayangkan adiknya yang sorang ni..tapi pernah dia marah aku..dia ikat rambut aku yang time tu panjang sampai ke bawah punggung kat mana tah..tapi salah aku gak time tu..ngeee..tapi pape pon air kalau dicincang tak kan putus..macam tu la..kitorang rapat balik lepas tu..hihihi..

muuuuuaahhh...adik sayanggggg mak ngan yang sangat2..muaahhxxx

penat plus lelah..

assalamualaikum..

huaarrgggghhhh....!!!! penat2..lelah2..semput2..tak tergambar keadaan aku sekarang..dah macam kucing beranak sepuloh dah..
patot tak...???? aku yang kecik comel ni dibuli oleh sebuah mesin yang bernama MESIN BASUH..atau nama saintifiknya washing machine...grrrrrrr...hot ni hot..
aku punya la setia tunggu mesin tu meratah/meneroka @ membasuh baju2 kesayangan aku tu selama SEJAM bersamaan 60 minit start dari pukol 12 malam..habis bertinggung aku melalak sorang2 kat bilik mesin basuh tu..pastu aku duduk kat kerusi..agak2 lenguh2 duduk aku tongkat dagu kat mesin tu..mengira saat demi saat yang berlalu..tiittttttttt....aku yang dah mengantuk tu tiba2 jadi segar bugar...yippieeee....dah habis basuh..aku pon dengan lemah lembut menaikkan penutup mesin tu..ok..dalam hati rasa lega sebab air tak bertakung..tu berkat aku tunggu selama sejam..asyik tekan butang start je sebab mesin tu kadang2 gedik nak stop sendiri padahal tak habis lagi..sebab tu kadang2 bertakung..
TETAPI..tiba2 mata aku tertumpu kat baju2 aku..WTF...waargggghh...baju aku penuh putih2..SABUNkah itu...ya...memang..melekat2 kat baju2 aku..mengong la..aku dengan hati penuh luluh mengeluarkan baju aku satu persatu..tapi dalam hati bersyukur..sebab tak semua yang kena sabun tak basuh tu..
sampai blok aku..terus aku cuci balik baju2 yang ternoda tu..cisss....walaupon tak banyak tapi buang masa aku je..kalau aku tahu baik aku basuh tangan je awal2..hampeh..
inilah kisah tragisku..dah pukol 2.16 pagi..waaa...2 jam aku bertapa kat bilik basuh..alahai..aku tak mandi lagi ni..ngeee...

Tuesday, November 2, 2010

mengantuk tahap cipan..dan akhirnya..

assalamualaikum..

sekarang baru pukol 11.50 malam..bapak awal giler aku ngantok hari ni...sebab bangon awal kot pagi tadi..
dah berapa kali dah tersengguk2 aku kat depan laptop kesayangan aku ni..berapa kali dah menguap..


bantal empuk depan mata aku dah berapa kali dah menggoda2 aku..melambai2kan tangan seperti memanggil2 aku..mari la...mari la sini wahai tuanku..tidur la atas aku..peluk la aku..macam tengah meng'hypnotize' aku lak..aaaaaaa...




hiyahhhh...!!!! melina..wake up..!!!! final exam dh dekat..ada kawan aku siap bagi tips lagi..memang dah zaman kuno dah tips ni..semua orang dah tahu rasanya..tapi..biar arrr...aku nak letak gak..

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3
wa..wa..aaa

LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11
pusingkan kepala…

LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…

TETAPI....aku tetap aku...  


dan akhirnya..aku berjaya...



insomniakah aku..??

assalamualaikum..

kenapa erk sejak akhir2 ni aku selalu je tidur lambat..? teringat lak satu perkataan..insomnia..INSOMNIAKAH AKU..???  /shock
ni yang nak tanya uncle google ni..jap erk..

Insomnia adalah suatu kondisi dimana anda memiliki masalah saat terbangun atau terlelap.Beberapa orang dengan insomnia dapat tidur dengan mudah tetapi bangun terlalu cepat.Orang lain mungkin memiliki masalah yang berlawanan,atau mereka ada masalah baik dengan saat bangun dan tertidur pulas.Hasil akhir adalah miskin-kualitas tidur yang tidak membuat anda merasa segar ketika anda bangun.

Insomnia merupakan persepsi atau keluhan kekurangan tidur disebabkan berbagai faktor,diantaranya kesulitan tidur,terjaga dari tidur terlalu cepat dan tidur yang tidak nyaman.

Insomnia atau kesulitan tidur,bagi sebahagian orang dianggap sebagai suatu hal yang biasa,namun jika insomnia ini dibiarkan maka akan mengakibatkan berbagai akibat yang mengganggu kondisi psikologis dan fisik,bahkan kematian.

KEMATIAN...????    /blur
nak pergi tidur la..aku tak mau kena insomnia... /no

teka teki..

assalamualaikum..

hari ni ada satu teka teki..apakah benda bila pagi panas malam hujan..??

-->> jawapan ridwan: "entahla..tak tahu..huhu..ape jawapan die.."
-->> jawapan madiey: "emmmm tak taw..emm gitau ar.."
-->> jawapan kak iela: "entah le..tak pernah dengar..tapi kak try pikir.."
-->> jawapan ska: "ala..tengah blur aarr..surrender..huhu.."

hahaha...suka aku..semua buat penat pikir je..jawapan dia..UMP..Universiti Malaysia Pahang..tempat aku study sekarang ni..
pagi panas terik..malam hujan..sejuk gedi..huhu..sebab tu ramai student demam sejak2 ni..cuaca tak menentu..
sebut pasal sakit ni..sekarang musim demam denggi..bahaya kalau biar lama..kalau tengok statistik Kementerian Kesihatan Malaysia,top 5 negeri yang catat kes denggi tertinggi dari negeri2 yang sedang pesat membangun macam Selangor,KL dan Johor.


so,kalau tak nak cuti kena beku..moh2 le kita rajin2 sikit bersihkan tempat2 bertakung tu..dalam kolah,pasu bunga,longkang2 yang penuh sampah..prevent is better than cure..tambah2 sekarang dah nak dekat final exam..untuk student2 tu badan kena sihat..baru minda cerdas..sekian..

Saturday, October 9, 2010

hari yang di tunggu2

assalamualaikum..

hari ni hari ke-4 expoconvo sempena Majlis Konvokesyen ke 5 UMP..
ramai parents datang nak tengok anak2 konvo..muka masing2 happy je plus terharu../wahaha + /please
mana tak nye..segala usaha selama ni membuahkan hasil..
demi segulung kertas 2,duit ringgit tak terkira banyak keluar..tiap2 sem masok rm2000 je..mana nak beli buku..shoping pon harus gak..mana dengan saman kereta sewa lagi..hehe..selama 4 taun masa dihabiskan dengan study je..(plus tengok cerita korea,ngumpat,shopping,jalan2 cari pasal..)..hari ni semuanya berbaloi..sorang2 naik pentas terima sijil..bravo2..tahniah kat akak2 n abang2 senior yang konvo hari ni..

tengok kat list aktiviti expo hari ni ada PESTA BUAH..!!! /omg


excited je nak pergi expohari ni..pagi2 pukol 6 aku dah siap dah..(tipu je..)..sampai2 expo..

                                                /hmm

mana pesta buahnya..konpius aku..jalan2 lagi..tengok ada satu je gerai jual buah macam kat pasar2 malam 2..aku dengan dah berpeluh jalan jauh..dalam hati frust menonggeng gila..tapi muka kena manis lorh..tak leh tunjuk kita marah..hehe../sweat
berpinau mata aku tengok bunga2 segar..dengan teddy.. kawaiiiii../please
pakcik2..bole tak saya nak bawak balik semua bunga n teddy 2..besok saya pulangkan la balik..erk2../blush 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...